Selepas kejayaan menghimpunkan kira-kira 1,500 peserta pada tahun 2019, Konvensyen Malaysia Positif (KMP) kembali pada 2026 dengan aspirasi yang lebih besar: memperkasakan rakyat Malaysia melalui pembangunan minda, kepimpinan, kesejahteraan psikologi dan budaya kecemerlangan.
KMP 2026 dijangka menghimpunkan antara 1,500 hingga 2,000 peserta daripada pelbagai sektor, dengan jangkaan lebih 1.1 juta pendedahan media menerusi kempen digital berskala nasional.